Cara Buat Air Bandung Laici Cincau Yang Memang Sedap Kaw Kaw!

Air Bandung Laici Cincau

Panas-panas ni memang sedap kalau dapat minum air yang sejuk-sejuk, memang perghh! Nak cuba air yang berbeza? Jom cuba buat air bandung laici cincau ni, perkongsian oleh Ben Safwan di laman Facebook. Memang puas hati kalau dapat minum.

Bahan-bahan:

  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 3 sudu makan kacang tanah tumbuk
  • 3 1/2 sudu makan sirap cap rose
  • 1 sudu makan biji selasih
  • 5-6 biji kurma merah
  • 50-60 gram cincau hitam

Cara-cara:

  1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
  2. Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.

  3. Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda,boleh juga tapi Ben suka cara camni. Silakan.
  4. Selamat mencuba!