Ini Dia Cara Buat Ais Krim Susu Strawberi Sedap Yang Amat, Sekali Buat Dah Licin

Ini dia cara mudah buat ais krim susu strawberi. Memang teramat sedap. Nak jumpa kat luar kan susah sikit. Jadi buat sendiri je. Kalau cuaca panas lagi bertambah enak. Ais krim ni akan menyejukkan anak tekak korang yang kering.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 sudu besar susu tepung
  • Strawberi dipotong ikut suka
  • 1 kotak susu berkrim (200 g)
  • Sedikit susu pekat manis
  • Sedikit air

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali strawberi. Kemudian kisar sehingga hancur dan sebati.
  2. Masukkan strawberi yang dipotong dalam plastik aiskrim. Kemudian isikan dengan adunan yang dikisar tadi.
  3. Ikat hujung aiskrim tersebut dengan kemas.
  4. Masukkan ke dalam peti semalamam.
  5. Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Resepi kampung