Cara Buat Ais Krim Teh Tarik Yang Kaw Dan Sedap, Guna 4 Bahan Sahaja

Ini dia cara buat ais krim teh tarik yang kaw dan sedap. Guna 4 bahan sahaja. Sangat mudah. Siapa yang teringin nak ais krim teh tarik macam dekat restoran pak mat pulau pisang tu, boleh lah cuba buat yang ini.

Cara Buat Ais Krim Teh Tarik Yang Kaw Dan Sedap, Guna 4 Bahan Sahaja

BAHAN-BAHAN:

  • 250 ml whipping cream
  • 15 g serbuk teh (saya guna thai tea)
  • 175-200 g susu pekat sejuk (make sure susu pekat ni kena duduk dalam peti sejuk semalaman)
  • 1/8 sdk garam halus

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tuangkan whipping cream ke dalam milk pan/periuk dan masukkan serbuk teh.
  2. Buka api kecil, dan panaskan whipping cream dengan teh (jangan sampai mendidih), kacau hingga berwarna pekat.
  3. Tapis teh whipping cream. Biarkan suhu ruang, kemudian simpan dalam peti sejuk selama semalaman.
  4. Putar teh whipping cream hingga hampir gebu dan masukan susu pekat dan garam, putar kembali hingga gebu.
  5. Tuangkan kedalam bekas dan simpan dalam freezer selama 6 jam/semalaman.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Jeehan Kitchen

Baca juga: Burger Ramly Kian Terkenal Di Singapura, Mempunyai Lebih 120 Pemborong Yang Mendaftar