Cara Buat Chicken Nugget Stick Yang Sedap Anak-Anak Pasti Suka, Nak Buat Pun Mudah Je

Anak-anak susah nak makan? Memang ada sesetengah kanak-kanak mereka tidak berminat terhadap makanan yang tidak sedap mata memandang bagi mereka. Walaupun makanan tersebut memang sangat sedap tapi mereka tetap tidak mahu memakannya.

Kecuali makanan tersebut dapat menarik minat mereka untuk makan. Chicken nugget stick ini anda boleh buat dan sediakan kepada anak-anak. Mereka pasti menyukainya dan makan. Jadi anda boleh rujuk resepi di bawah ini.

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam bahagian dada | dikisar
  • Daun sup | cincang halus
  • Carrot | cincang halus
  • Tepung ubi | 2 sudu
  • Tepung gandum |  5 sudu
  • Garam
  • Lada sulah.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus / kukus semua bahan. Kalau susah melekat pada batang aiskrim / chopstick/ lidi , rebus bulat dulu kemudian baru cucuk. Beku kan.
  2. Bila nak goreng gaul dengan telur dan salut ( 5 sudu tepung gandum + 3 sudu tepung jagung )
  3. Apabila dah siap gaul boleh mula menggoreng.
  4. Goreng sehingga masak.
  5. Siap untuk dihidangkan kepada anak-anak.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit Resepi : Nurul Natasya Abidin