Cara Buat Kek Coklat Gebu Guna ‘Senduk’ Jer, Tak Perlu Guna Mixer Pun Menjadi

Kek Coklat Gebu

Nak cuba buat kek, tapi kat rumah tiada mixer? Jangan risau, ini dia resipi kek coklat gebu khas untuk anda kerana tak perlu menggunakan mixer pun boleh menghasilkan kek yang gebu dan lembut. Hanya perlu kacau guna senduk sahaja pun menjadi! Jom ikuti resipi di bawah.

Cara Buat Kek Coklat Gebu Guna ‘Senduk’ Jer

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk baking powder (ayak)
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan air panas

Cara-cara:

  1. Masukkan telur dan gula. Tak perlu kacau kembang.
  2. Masukkan pula minyak, kacau sampai sebati.
  3. Masukkan tepung yang dah di ayak.
  4. Masukkan serbuk koko dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  5. Masukkan air panas.
  6. Macam ni rupa adunannya. Masukkan dalam loyang saiz 7 dan bakar pada suhu 170 selama 50 minit atau kukus 40 minit.
  7. Siap!

Kredit: Azlina Ina