Cara Buat Kek English Madeleines Yang Sedap Hanya Dengan 5 Bahan

Kek English Madeleines ini dikongsi oleh Rohana Jaafar di facebook MAHN. Sangat mudah untuk disediakan. Ianya juga hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Kejadiannya juga cantik dan sesuai dihidangkan untuk majlis hari lahir, meraikan tetamu dan untuk minum petang. Bentuknya unik, menarik dan teksturnya juga seperti span dan tentu la sedap!

Cara Buat Kek English Madeleines Yang Sedap Hanya Dengan 5 Bahan

BAHAN-BAHAN:

  • 100 g butter
  • 100 g gula castor
  • 100 g tepung naik sendiri (Boleh tambah sedikit serbuk penaik untuk bagi tekstur lagi spongy)
  • 2 biji telur gred A
  • Esen vanila

CARA PENYEDIAAN:

  1. Pukul gula dan butter sehingga kembang
  2. Kemudian masukkan telur, esen vanila dan tepung yang diayak terlebih dahulu.
  3. Selepas baked, sapu jem strawberry( jem lain pun ok) dan golek atas kelapa parut.
  4. Letak hiasan dekat atas seperti buah ceri atau apa-apa.
  5. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Rohana Jaafar Via MAHN

Baca juga: Resepi Krim Marjerin Untuk Sapu Pada Roti, Rasa Yang Sedap & Lemak