Cara Buat Kimchi Sedap Macam Dalam Drama Korea, Senang Jer Rupanya

Peminat drama korea mesti tahu kimchi tu apa kan? Ia makanan tradisional korea yang merupakan hidangan sampingan yang wajib ada setiap kali waktu makan dengan hampir semua masakan. Orang korea juga makan kimchi bersama ramen (mi segera), kalau tak ada kimchi memang tak lengkap.

Nak cuba kimchi? Jom cuba buat sendiri menggunakan resepi perkongsian oleh Amber Amber di bawah.

Resepi Kimchi Sedap

Bahan A:

  • 2 biji kubis Jepun
  • 1 cawan garam kasar
  • 2 btg lobak merah disagat atau dihiris
  • 1 biji epal hijau sederhana besar disagat
  • 1 ikat daun bawang dipotong pjg satu inci
  • 1/2 cawan serbuk cili (kurangkan kalau tak suka pedas)

Bahan B:

  • 4 sudu makan tepung pulut
  • 3 sudu gula
  • 1 cawan air
    * (campur semua bhn dan masak atas api sederhana sehingga pekat seperti bubur kanji)
    *Ketepikan.

Bahan C : Kisar

  • 1 ulas bawang besar
    4 ulas bawang putih
    2 inci halia
    2 sudu makan gula
    4 sudu makan sos ikan
    1 biji epal hijau sederhana besar
    *Masuk semua dalam blender.

Cara sediakan kimchi:

  1. Belah dua sayur kobis dan peram dengan garam kasar selama 4jam. Nak bagi rangup dan rasa masin masuk dalam kobis.
  2. Lepas peram. Cuci dan perah untuk toskan kobis tadi.
  3. Serbuk cili dicampur sedikit air untuk dijadikan pes cili.

  4. Campur paste cili bersama campuran bahan B dan bahan C hingga sebati.
  5. Lumurkan pada kobis yang dah ditoskan sehingga rata.
  6. Simpan dalam bekas bertutup selama 2 hari di dalam suhu bilik. Selepas 2 hari bolehlah simpan dalam peti sejuk.
  7. Boleh dimakan sebaik sahaja diproses tetapi rasa yang sedap. Aasam manis pedas sedap selepas beberapa hari.

Selamat mencuba!