Cara Paling Mudah Hilangkan Segala ‘Bau’ Pada Blender, Memang Berkesan!

blender

Memang stress kan kalau bau pada blender tidak hilang setiap kali bila nak cuci. Maklumlah, 1 blender untuk pelbagai kegunaan contohnya untuk kisar bawang, cili, air buah, adunan kek dan sebagainya. Lagi menyakitkan hati kalau warna kuning kunyit tu tidak hilang.

Rupanya, ada cara mudah untuk hilang segala bau pada blender tu. Jom ikuti perkongsian oleh Dapur Ibu di bawah.

Cara Paling Mudah Hilangkan Segala ‘Bau’ Pada Blender

Hai,

saya bukanlah nak post resipi. Dan kalau tak berkenaan, admin boleh delete ye.

Saya ada 1 je jag blender. inilah jag untuk blend bawang / cili / blend air buah / blend adunan kek jugak.

Dan setiap kali lepas guna, saya akan cuci dengan soda bikarbonat + garam + sabun pencuci pinggan. Blendkan semua bahan ni. Cuci bersih.

Segala bau semua hilang ye. Dan garam tu jugak befungsi untuk menajamkan lagi pisau blender tu.

Ada yang buat macam saya jugak tak ?

Edited :
Garam tu garam kasar ye.
Soda bikarbonat, soda yang kita guna buat masak tu.

Sukatan : 2 sudu soda bikarbonat + 2 sudu garam kasar + pencuci pinggan ( ni agak2 je ) + air 2 cawan

Air blend tu nanti saya akan guna untuk cuci pinggan mangkuk. dan hasilnye pinggan mangkuk akan lebih bersih.

 

Semoga bermanfaat!