Ini Dia 5 Ciri ‘Durian Musang King’ Untuk Elak Ditipu Penjual Durian

Durian Musang King

Musim durian sudah tiba, harganya pun boleh tahan juga. Sangat mengecewakan kalau beli dengan harga yang mahal, tapi isinya tidak sedap atau tidak setanding dengan harga yang dijual.

Durian juga mempunyai pelbagai jenis, salah satunya adalah Durian Musang King yang digemari ramai walaupun harganya agak mahal. Tetapi hati-hati, jangan sampai ditipu oleh penjual durian sebab memang ramai sudah terkena.

Jom kenali ciri-ciri Durian Musang King ‘Ori’ dibawah sebelum membeli untuk elak ditipu!

5 Ciri ‘Durian Musang King’

1. Duri bentuk piramid. Durian Musang King mempunyai duri yang berbentuk pyramid, bersegi (angular), sederhana rapat dan ada tepian yang rata.

2. Bentuk buah bujur. Durian Musang King biasanya berbentuk bujur, seperti bola ragbi (ia juga kadangkala berbentuk seperti buah pinggang). Pernah nampak buah pinggang? macam tu la bentuknya.

3. Tapak sulaiman. Durian Musang King juga mempunyai ciri unik iaitu ada lima garisan dari pangkal buah ke bahagian tepi buah, ala “starfish” atau tapak sulaiman.

4. Tidak Berduri di Pangkal. Durian Musang King tidak berduri pada tangkal buah. Pangkal Musang King juga botak dan leper iaitu seiras bentuk “starfish” yang leper.

5. Warna isi kuning kunyit. Isinya berwarna kuning diraja (kerana itu durian ini juga dinamakan Rajah Kunyit!). Harumannya manis, sangat lemak dan berkrim disertai sedikit kepahitan. Keseluruhannya kombinasi yang seimbang dan tentunya sedap. Bijinya sangat kecil dan kempis, leper, isinya senang ditanggalkan.

Sumber : Rentas Asia
Gambar : Google