Sihatkah Minuman Yogurt Untuk Si Kecil?Ini Kesan BURUK Minuman Beryogurt Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Perhatian

Yogurt adalah produk minuman yang terhasil dari fermentasi bakteria dalam susu. Kultur pemula bakteria yang digunakan biasanya menggunakan bakteria asid laktik, dari kelompok Lactobacillus. Contohnya Lactobacillus casei, L. acidophilus.

Minuman yogurt atau berkultur ini sangat digemari oleh golongan kanak-kanak. Malah ramai ibu bapa diluar sana yang menjadikan minuman ini sebagai rutin buat anak mereka. Antara minuman tersebut adalah Vitagen, Nutrigen, Betagen dan Yakult. Memang banyak manfaatnya tetapi masih ada kesan buruk yang perlu anda atau ibu bapa diluar sana ambil perhatian.

Seperti air berkarbonat, minuman berkultur ini juga sebenarnya mengandungi gula yang tinggi bagi setiap 100ml. Bahkan lebih tinggi berbanding air berkarbonat.

  • Coca Cola Classic – 10.6 g
  • Vitagen – 10.2g
  • Nutrigen – 13g
  • Betagen – 6.3g
  • Lactel Bliss – 8.1g
  • Yakult – 18.3g (sebotol 80ml = 14.6g)

Ramai sudah sedia maklum bahawa gula menjadi punca kegemukan, kencing manis dan pelbagai lagi penyakit kronik yang lain. Jadi apa yang patut kita semua lakukan adalah mencegah diri daripada penyakit tersebut.

Kurangkan memberi anak anda minuman beryogurt atau berkultur ini. Kalau nak berikan juga kebaikan lactobacillus pada anak boleh. Tetapi pertimbangkanlah kandungan gula di dalam minuman tersebut dengan faedah kesihatan yang ada.

Pengguna yang bijak adalah pengguna yang sentiasa membuat pemilihan yang terbaik untuk diri dan keluarganya. Sesudu yogurt asli sehari sudah pun memadai buat anak-anak anda.

Sumber: Public Health Malaysia