Nikmati Makanan Kampung Istimewa Di ‘Rumah Singgora’, Tempat Wajib Singgah Di Kelantan

Sejak Perintan Kawalan Pergerakan (Pemulihan) dilaksanakan, rakyat Malaysia kini sudah bebas untuk merentas negeri. Nah, tiba masa untuk anda kembali travel seperti kebiasaan.

Jika anda sudah merancang untuk ke Kelantan, jangan lupa masukkan ‘Rumah Singgora’ di dalam tentatif ya! Tempat wajib untuk disinggah kerana anda bakal nikmati suasana makan yang berbeza. Jom ikuti perkongsian oleh Rio Ramadhani yang berkongsikan pengalaman beliau ketika berkunjung ke ‘Rumah Singgora’.

Rumah Singgora

Sarapan dekat Rumah Singgora.

Last week, aku balik kampung ke kelantan. Disana dah buat janji dengan Abe Yus, untuk terjah tempat makanan yang rare dan sedap tentunya.

Sesuai dengan tajuk, aku datang dekat Singgora. Kat sini aku jumpa dengan Abe Mat, pemilik Rumah Singgora, disambut dengan senyuman hangat, dan ramah.

Di satu sudut meja aku terus terpesona dengan kuih muih yang disaji oleh Abe Mat. “Oh wow, wow, wow” dalam hati, cantik gilerrr kuih muih tu, di tambah dengan suasana kampung penuh dengan pokok, kicauan burung, dan semilir angin berhembus, tenang sangat! Sejuk dan relax.

Lepas santap kuih muih, saya makan nasik dengan ikan rebus goreng, ayam gulai kawah, solok lada, acar masak pisang benggala dan ulam-ulaman.

Sedap sangat weyy, makanan kampung istimewa dimakan di tempat yang istimewa bersama orang-orang yang istimewa sembang hangat, tak sedar dah ambik nasi 3 kali. Dan ditutup dengan pisang rebus dan te o daun pandan! Harum dan fresh!

Siapa yang datang Kelantan tu boleh singgah lah dekat Rumah Singgora, booking untuk breakfast, lunch atau makan petang. Dijamin akan merasakan pengalaman berbeza. Saya pun akan datang lagi masa balik raya haji nanti hahaa.

Info:

  • Set Sarapan Start dari Rm22/pax (min 4pax)
  • Rumah Singgora
  • Setiap Hari. (Call @mohamadbinsalleh untuk maklumat lanjut)

 

Lawati instagram @riomakan untuk lagi perkongsian gambar yang menarik.

 

Kredit: Rio Ramadhani (Facebook), @riomakan (Instagram)