Rasa Pedas Masam Manis Sotong Stim Limau Ala Thai Ini Pasti Membangkitkan Selera Anda

Sotong stim limau ala thai ini sangat senang dan sedap. Rasa sotong stim limau yang pedas masam dan manis pasti akan membangkitkan selera anda. Hari-hari kalau buat dan hanya makan sotong macam ni pun takpe. Sebab sedap sangat.

BAHAN-BAHAN:

  • Sotong 1/2kg atau 1kg
  • Cincang halus bawang putih dalam 7-8 ulas | letak lebih pun takpe
  • Cincang cili dalam 8-9 biji | Kalau taknak pedas kurangkan
  • Asam limau nipis dalam 3biji
  • Daum ketumbar¬† |potong
  • Kiub pati ayam 1/2 atau 1
  • Kicap sotong 3 sudu besar
  • Gula 2 sudu besar

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kukus sotong dalam 7 minit, jangan letak air. Kukus hingga masak dan angkat. Buang air sotong tu.
  2. Untuk sos dia, panaskan air 1 cawan, masukkan kiub pati ayam, gula dan tutup api.
  3. Tunggu suam sekejap , masukkan cili, bawang, asam limau dan daun ketumbar.
  4. Nanti try dulu ikut citarasa korang, bila dah secukup rasa boleh lah tuangkan sos atas sotong tadi.
  5. Siap dihidangkan.

** Sos tersebut boleh juga digunakan untuk ikan siakap masak stim.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Ayadieeya