Resepi Fudge Brownies Yang Sedap, Simple Sangat Tak Perlu Guna Telur Dan Mixer

Kalau anda nak buat brownies tanpa telur, inilah resepinya. Fudge brownies ini tanpa telur,  tanpa minyak, tanpa gula putih dan juga penggunaan mixer. Ianya juga sangat mudah untuk disediakan, hanya memerlukan 5 bahan sahaja. Jom kita cuba buat.

BAHAN BAHAN

  • 150gm Dark Chocolate
  • 80gm Pure Butter
  • 90gm Gula Perang ( kisar halus )
  • 100gm Tepung Gandum ( diayak )
  •  35gm Serbuk Koko ( diayak )

CARA PENYEDIAAN:

  1. Cairkan Dark Chocolate dan butter menggunakan kaedah double boiler. Selepas keduanya cair, ketepikan.
  2. Dalam bekas yang lain, masukkan gula perang, tepung gandum dan juga serbuk koko lalu di gaul rata. Kemudian, tuangkan adunan dark chocolate bersama Butter tadi ke dalamnya dan gaul lagi sampai semuanya sebati.
  3. Alaskan Loyang dengan baking paper dan tuang adunan Brownies tadi. Boleh ditabur dengan kepingan badam atau coklat chips atau apa saja sesuai dengan selera masing masing.
  4. Bakar selama 15 minit, suhu 180 darjah Celsius menggunakan api atas bawah dan selepas 15 minit, turunkan suhu oven pada 170 darjah Celsius dan sambung lagi bakar selama 20 minit.
  5. Setelah Brownies masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan dulu sebelum dipotong.

TIPS:

  • Untuk menghasilkan Brownies yang sedap pastikan Coklat yang digunakan Coklat yang berkualiti tinggi.
  • Resepi Brownies ini tanpa telur dan juga Minyak. Justeru itu, pemilihan Butter sangat penting untuk memastikan hasil Brownies kita lebih lembut dan tidak kering. Lebih kualiti Butter yang kita gunakan, lebih sedap dan ‘Rich’ rasa Brownies kita.

** Dark Chocolate yang Kakak gunakan dalam resepi ini ialah dari jenama Godiva 72%

** Butter jenama SCS (Unsalted)

** Serbuk Koko jenama Barry Cellabaut Extra Brute 100 % coco.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Fatin Damia