Resepi Kacang Goreng Bawang Putih, Kunyah Sampai Tak Sedar Habis Sebalang

Mudah je rupanya nak buat kudapan kacang goreng bawang putih ni. Memang puas hati bila buat sendiri, kunyah-kunyah sambil tengok tv sampai tak sedar habis sebalang. Anak-anak pun pasti suka. Jom cuba buat!

Resepi Kacang Goreng Bawang Putih

Bahan-bahan:

  • 1kg kacang tanah besar – dibuang kulit
  • Perencah nasi goreng kampung sri aji secukupnya
  • 1 labu bawang putih – untuk kisar
  • 1 labu bawang putih – untuk dimayang

Cara-cara:

  1. Masak air sampai mendidih, tutup api.
  2. Kemudian masukkan kacang tanah dan biarkan selama 7 minit.
  3. Kemudian toskan dan biarkan sejuk. (jangan derhaka resepi, biarkan sejuk dulu)
  4. Tumbuk halus bawang putih 1 labu bersama 1sb perencah nasi goreng. Gaulkan bersama kacang yang dah sejuk tadi. Perapkan selama 3 jam. Lagi lama lagi sedap.
  5. Panaskan minyak bersama 2sb majerin. Gorengkan dulu bawang putih yang dihiris tadi sehingga garing.
  6. Kemudian bolehlah goreng kacang tanah yang diperap tadi.
  7. Minyak tu agak-agak bila goreng kacang dia tenggelam. Guna api sederhana.
  8. Jangan goreng banyak sekali gus.
  9. Kacau sentiasa semasa menggoreng supaya masak sekata.
  10. Bila kacang bertukar warna sedikit perang, angkat dan toskan minyak. Biarkan seketika.
  11. Kacang masa panas dia tak rangup, nanti sejuk baru dia rangup.
  12. Toskan sehingga minyak dah turun. Ambil sedikit bawang putih goreng dan satukan dalam bekas.
  13. Taburkan sedikit perencah nasi goreng secukup rasa, gaul sebati sehingga semua bersalut.
  14. Ulang langkah ini sehingga kacang habis digoreng.
  15. Simpan dalam bekas kedap udara.
  16. Selamat mencuba!

Kredit: Siti Khodijah