Resepi Kek Oren Mudah & Sedap, Tak Perlu Guna Mixer Pun Menjadi

Kek Oren Mudah

Mudah sangat nak buat kek oren ni. Hanya perlu guna blender, tak perlu susah-susah nak keluarkan mixer. Cara nak buat pun sangat mudah untuk anda yang baru nak berjinak-jinak membaking ni. Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan marjerin
  • 3 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu makan baking powder
  • 2 sudu sunquick
  • Setengah biji jus oren

Cara-cara:

  1. Satukan 1 cawan gula halus, 1 cawan marjerin dan 3 biji telur Gred B. Blendkan semua tu hingga sebati.
  2. Kemudian tuang bahan yang dah diblend ke dalam mangkuk. Masukkan 2 cawan tepung yang digaul bersama 1 sudu makan baking powder.
  3. Kaup balik tepung dan adunan marjerin tadi. Masukkan juga 2 sudu sunquick dan perah setengah biji jus oren ke dalamnya. Kacau lagi hingga sebati dan moist.
  4. Masukkan adunan kek ke dalam loyang berdiameter 8 inchi. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160 darjah celcius selama 1 jam.
  5. Dan kek oren kita pon siap untuk dihidang untuk yang tersayang. Selamat mencuba puan-puan.
  6. Selamat mencuba!

Kredit: Sukma Ismail