Kali Pertama Buat Pun Menjadi, Resepi Kek Sarang Semut Bakar & Tak Perlu Perap

Kek Sarang Semut

Dah lama nak cuba buat kek sarang semut, tapi takut tak menjadi? Jangan risau, jom cuba buat menggunakan resepi perkongsian oleh wanita ini. Menurutnya, kali pertama dia buat kek sarang semut pun dah menjadi. Berbunga-bunga hati bila tengok ‘sarang’ tu menjadi. Jom la cuba!

Bahan A:

  • 1 cawan gula
    1 cawan air panas

Hanguskan gula, lepas tu tuang air panas dan kacau lagi hingga larut. Ketepikan

Bahan B:

  • 1/2 cawan mentega/marjerin

Cairkan. Ketepikan.

Bahan C:

  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan Susu pekat
  • 1 sdt asen vanilla
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 sdt soda bicarbonate*

Ayak bahan bertanda (*).

Cara-cara:

  1. Satukan bahan C kecuali tepung dan soda bicarbonate, kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan bahan B tadi, kacau sebati.
  3. Masukkan pulak tepung dan soda bicarbonate, kacau sebati sampai rak ada ketulan tepung.
  4. Akhir sekali masukan bahan A tadi kacau sebati.
  5. Sapu loyang dengan mentega dan bakar api bawah sahaja. Bakar selama 25 minit pada suhu 140. Selepas itu, tukar api atas bawah pada suhu 170 seama 25 minit.
  6. Siap!

Kredit: Arm Ika