Resepi Kerabu Bayam Brazil Memang Sedap Yang Amat, Lemak-Lemak Masam Gitu

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bayam brazil menjadi ulam yang terkenal dan disukai oleh kebanyakkan orang di Malaysia. Sebenarnya macam-macam yang boleh dibuat dengan bayam brazil ini, antaranya kerabu bayam brazil. Rasanya memang sedap. Yang mana ada tanam bayam brazil dekat rumah tu boleh lah cuba buat kerabu bayam brazil ni.

Resepi Kerabu Bayam Brazil Memang Sedap Yang Amat, Lemak-Lemak Masam Gitu

BAHAN-BAHAN:

  • Bayam Brazil
  • Mangga Muda
  • Cili Padi
  • Bawang Merah
  • Gula (ikut rasa)
  • Air Limau Nipis
  • Asam Boi (di hiris atau di sagat )
  • Kerisik (paling penting )
  • Bunga kantan (penyedap dan nak bau wangi, tak masukkan pun tak mengapa)
  • Ikan bilis (digoreng garing)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan semua bahan di atas. Kecuali ikan bilis.
  2. Apabila dah sebati semua. Barulah taburkan ikan bilis. Lebihkan sikit ikan bilis.

*Kuantiti bahan ikut sesedap rasa

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Nabila Humaira Via MAHN