Ini Resepi Kerabu Mangga Yang Anda Wajib Cuba Dekat Rumah, Mudah Dan Sedap!

Kerabu mangga merupakan makanan yang popular di Malaysia dan lebih-lebih lagi di negara Thailand. Kerabu mangga merupakan makanan yang berasaskan daripada mangga yang dipotong halus dan nipis serta di campur dengan beberapa bahan yang lain. Ianya mempunyai rasa yang sangat unik, iaitu masam manis pedas dan sedikit lemak.

Kerabu mangga ini sangat enak dimakan dengan nasi putih atau pun di makan begitu sahaja. Bagi anda yang teringin untuk menikmati kerabu mangga boleh cuba buat dengan merujuk resepi di bawah ini. Ianya amat mudah untuk disediakan dan teramat sedap.

BAHAN-BAHAN:

  • Kacang 300 gram
  • Tomato 1 biji
  • Limau 2 biji
  • Bunga kantan 2 batang
  • Sos ikan
  • Mangga muda 3 biji
  • Garam dan gula

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mangga dihiris sebesar 1/2 jari kelingking.
  2. Tomato dihiris dadu.
  3. Bunga kantan dihiris halus
  4. Kacang digoreng dengan sedikit minyak. Apabila sudah sejuk, kisar kasar.
  5. Gaulkan semua bahan-bahan tersebut. Masukkan sos ikan, garam dan gula.
  6. Gaul hingga sebati.
  7. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: En Ehsan