Ini Dia Resepi Kerang Thai Style Yang Pedas-Pedas Masam,Sangat Sedap!

Teringin nak makan masakan thai musim PKP ni? Ini dia ada resepi kerang thai style pedas masam. Sangat sedap dan mudah disediakan. Korang wajib cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji cili padi | tumbuk halus
  • 5 biji limau nipis | ambil airnya
  • 5 biji bawang putih | dicincang halus
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 biji tomato | buang biji, potong kecil
  • Daun ketumbar | dicincang halus
  • Timun kecil potong dua |hiasan
  • 1 sk Ajinomoto atau Maggi
  • Kerang | 1 kilo

CARA PENYEDIAAN:

  1. Campurkan semua bahan kecuali kerang. Ketepikan.
  2. Kerang tadi dicuci bersih dan direbus sekejap sehingga separuh masak. Kemudian buang kulit sebelah sahaja.
  3. Kemudian dah siap kerang curahkan semua bahan-bahan tadi atas kerang.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Resepi Orang Kampung