Resepi Krim Marjerin Untuk Sapu Pada Roti, Rasa Yang Sedap & Lemak

Lama-lama jemu juga kan asyik sapu planta dan kaya je kat roti. Apa kata jom cuba resepi krim marjerin ni pula, rasa lebih sedap dan berlemak. Pelbagai perisa boleh buat, anak-anak pun pasti berselera untuk bersarapan. Jom ikuti resepi perkongsian oleh Masni Bahari ini. 

Resepi Krim Marjerin

Bahan-bahan:

  • 1 cawan majerin pelangi
  • 1 cawan gula – dikisar
  • Setegah cawan susu cair
  • 4 sb susu pekat
  • Secubit garam
  • Perisa atas masing-masing (Koko perisa coklat, Hijau perisa pandan, Putih perisa vanila, Kuning perisa jagung, Pink perisa strawberry)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali perisa.
  2. Mixer sehingga kembang dan jadi putih gebu. Bila dah kembang boleh letakkan perisa kesukaan.
  3. Dah boleh sapu pada roti dan boleh simpan dalam peti ais.
  4. Kalau nak buat ni, jangan guna butter sebab nanti cepat cair.

Selamat mencuba!