Resepi Mee Bandung Udang Yang Simple, Sedap Dan Menyelerakan

Teringin nak makan mee bandung udang buatan sendiri? Kalau buat sendiri bebas nak letak udang banyak mana pun. Memang sedap dan menyelerakan.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mee kuning
  • 6 ekor udang basah
  • 2 ekor sotong
  • 50 gm udang kering – ditumbuk
  • 1/4 cawan kacang tanah goreng – ditumbuk
  • Sedikit sayur sawi – dihiris
  • Sedikit kobis – dihiris halus
  • Sedikit hirisan daging – direbus
  • Air rebusan daging @ 1 kiub pati ayam
  • 4 biji telur
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Mee kuning – dicelur
  • 1 sudu besar tepung jagung

Bahan Kisar:

  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering

Bahan Hiasan:

  • Bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Limau kasturi/limau nipis

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak.
  2. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk dan tumiskan hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang tanah, udang basah, hirisan daging dan juga sotong.
  4. Didihkan seketika, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak atau separuh masak, ikut suka anda.
  6. Akhir sekali masukkan sawi, kobis serta tepung jagung. Kacau rata hingga kuah masak.
  7. Tuangkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi.
  8. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Putera Adika