Resepi Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC, Anak-Anak Pasti Suka & Makan Bertambah

Resepi nasi butter dan ayam goreng ala KFC ini memang mudah dan jimat sebab tak payah beli dah. Tak rugi pun cuba, yang pasti anak-anak pasti suka lagi-lagi ayam goreng tu memang mengiurkan.

Resepi perkongsian dari Syue Haida di laman Facebook ini telah meraih perhatian ramai. Ramai juga yang sudah mencubanya dan terbukti resepi ini memang sedap! 

NASI BUTTER ALA2 KFC + AYAM GORENG ALA2 KFC + SUP

Bahan-bahan nasi butter (5 orang makan):

  • 4 cawan beras
  • 4 biji bawang putih(ketuk dan potong halus2)
  • 1 biji bawang merah (optional) (hiris nipis2)
  • 125g butter
  • Halia (ketuk biar pecah sikit)
  • 1 cawan freshmilk (apa2 brand janji full cream)
  • 1 kiub pati ayam maggie
  • Garam

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali masukkan butter tumis bawang putih kalau nk masukkan bawang merah tumiskan skali sampai naik bau.
  2. Masukkan halia.
  3. Masukkan freshmilk kacaukan sekejap dalam 2 minit.
  4. Masukkan beras yang dah dibasuh, kemudian masukkan kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap dalam 3 minit.
  5. Alihkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan air, sukatan air di tambahkan dengan secawan susu tadi. Mcm sy beras 4cawan air 4cawan + 1 cawan susu.
  6. Masukkan sedikit garam dan masak seperti biasa (sukatan air bergantung pada jenis beras yang digunakan, sukat macam masak nasi biasa cuma air kena tambah dengan susu skali) sebab dah ada penggunaan susu jadi kena kurangkan air.

Bahan-bahan ayam goreng ala KFC:

  • 10 ketul ayam
  • 1 cawan tepung bestari original
  • 1 cawan tepung bestari spicy

Cara-cara:

  1. Ambil 5-6 sudu besar campuran tepung tadi, masukkan dalam ayam dan gaulkan sekali biarkan sebati. Perap ayam dengan tepung selama 2 jam. Nak lagi sedap perapkan lama lagi.
  2. Nila dah siap perap, panaskan kuali letak minyak dan ambik ayam perap tadi.  Gaulkan dgn tepung campuran tadii dan salutkan tepung tebal-tebal dan masukkan dalam kuali. Goreng hingga garing. Goreng dengan api yang sederhana.
  3. Siap!

Bahan-bahan sup chicken meatball:

  • Leher/kaki ayam potong kecil2
  • 10 biji chicken meatball
  • Daun sup
  • 1 kiub pati ayam
  • Halia (ketuk)
  • Bawang putih
  • 3 cawan air
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau,masukkan halia dan leher/kaki ayam yg dah dipotong kecil2 biarkan sekejap.
  2. Masukkan chicken meatball,kiub pati ayam dan air biarkan sampai masak.
  3. Masukkan garam dan daun sup.
  4. Siap, boleh hidangkan ketiga-tiga lauk menu ini.

Selamat mencuba!