Nak Makan Sata Ikan Yang Sedap Tak Payah Pergi Terengganu Dah Lepas Ini, Buat Sendiri Pun Menjadi

Umum mengetahui bahawa Terengganu amat popular dengan makanan hasil laut. Salah satunya ialah sata. Sata di Terengganu memang sedap sangat. Sata di perbuat daripada ikan dan di campur dengan beberapa bahan lain. Kemudian di balut dengan daun pisang dan dibakar.

Di negeri atau tempat lain agak sukar untuk menjumpai sata yang sedap. Tapi sekarang ini, anda dah tak perlu nak ke Terengganu untuk menikmati sata yang sedap tu. Boleh buat sendiri dekat rumah je dengan menggunakan resepi ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ikan sardin/selayang
  • 3/4 biji kelapa putih
  • 6 biji bwg merah (ditumbuk)
  • Seinci halia (ditumbuk)
  • Sedikit daun kesom (diracik halus)
  • 1 sdb cili boh
  • 1 biji telur
  • Garam,gula dan abe aji
  • Resepi rahsia budu sedikit
  • Cili api potong kecil2 x nk pedas potong cili besar
  • Daun pisang layur atas api

CARA PENYEDIAAN:

  1. Ikan ambil isinya
  2. Tumbuk atau mesin
  3. Gaul dgn bahan yg lain
  4. Ambil daun pisang buat kelongsong
  5. Bakar/goreng jer atas kuali leper
  6. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Surita Hassan