Resepi Wantan Dan Sos Thai Yang Paling Simple & Sedap

Resepi wantan yang mudah perkongsian oleh Azlina Hussin. Menurutnya, sudah masuk dua tahun beliau membuat wantan sebagai kerja sambilan. Memang cukup mudah dan senang nak buat. Jom cuba.

Resepi Wantan Dan Sos Thai Yang Paling Simple & Sedap

Bahan-bahan untuk kulit dimsum dan wantan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan air panas

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan sehingga tidak melekit dekat tangan.

Bahan inti wantan:

  • Isi ayam (cincang halus@ kisar) dlm 500 gram
  • Perencah cukup rasa(jenama meggi)
  • Lobak merah 1 batang (cincang halus)
  • Ubi kentang 1 kg rebus dn tumbuk biar hancur)
  • Lada hitam
  • Sedikit gula dn garam

Cara-cara:

  1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan siap.

Bahan sos thai:

  • Cili api ( 500 gram) kisar
  • Gula 1 kg
  • Sedikit Garam (cukup rasa)
  • Bawang putih 3 ulas
  • Boleh tambah daun ketumbar (x letak pun x apa)
  • Cuka

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan.
  2. Dah siap.
  3. Wantan boleh goreng atau kukus.
  4. Selamat mencuba.