Jom!! Dapatkan Susu Goodday Non-Dairy Hanya ‘RM1’ Di 7-Eleven Dengan 4 Perisa Berbeza

Susu Goodday

7-Eleven Malaysia kini menawarkan susu Goodday Good Vibes 250ml di kedai serbaneka itu. Didatangkan dengan 4 perisa berbeza yang menarik iaitu Almond Original, Almond Chocolate, Walnut Original dan Walnut Chocolate. Promosi ini hanya untuk masa yang terhad iaitu sehingga 30 Jun 2020 sahaja sehingga stok habis!

Susu Bukan Tenusu Goodday

Goodday telah melancarkan susu Good Vibes pada Ogos 2019 dan ia telah terkenal di seluruh Malaysia! Susu ini diperbuat dari kacang almond dan walnut dan juga bebas kolesterol, bebas gluten tanpa bahan pengawet. Ia juga susu tanpa tenusu yang sempurna untuk vegan dan kepada sesiapa yang mengelak dari produk yang berasaskan haiwan.

Kredit: KLFoodie, Thevocket, Minimeinsights.