Ini Dia Tips Mudah Masak Sup Ala-Ala Bakso Atau Kuah Soto

Tips ini khas untuk anda yang nak mencuba masak bakso sendiri kat rumah. Mudah sangat, pertama kali buat pun pasti menjadi. Bolehlah buat untuk suami dan anak-anak tercinta. Suami nak masak untuk isteri pun apa salahnya? Jom ikuti tips mudah masak sup ala-ala bakso perkongsian oleh Liya Miswan.

Ini Dia Tips Mudah Masak Sup Ala-Ala Bakso Atau Kuah Soto

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Halia
  • Beberapa batang serao
  • Serbuk kurma
  • Perencah sup
  • Kiub ayam
  • Bebola daging
  • Sayur-sayuran

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih & halia yang dikisar bersama beberapa batang serai yang dititik.
  2. Masukkan campuran serbuk kurma dan perencah sup serta kiub ayam.
  3. Tambahkan bebola daging dan sayuran kegemaran anda.
  4. Renehkan sehingga mendidih.
  5. Siap sedia untuk dimakan bersama bihun atau nasi impit.
  6. Jangan lupa sambal kicap, bawang goreng & bergedil kalau rajin.
  7. Selamat mencuba!