Wanita Ini Kongsi Resipi Karipap Pusing, Tak Sangka Ramai Kata Sedap Sampai Buat ‘Jual’

Perkongsian resipi karipap pusing ini oleh Ann Jelani. Pada mulanya, beliau hanya membuat karipap pusing ini untuk stok di rumah sahaja. Namun, permintaan berterusan dari jiran dan rakan-rakan membuatkan terhasilnya bisnes kecil-kecil menjual karipap pusing ini. Jom ikuti resipinya di bawah.

Resipi Karipap Pusing

Bahan A:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu majerin
  • 1 sudu minyak di panaskan
  • Air ais (agak-agak 1/2 cawan)
  • Sebucit garam

Cara-cara:

  1. Larutkan garam dalam air.
  2. Masukkan majerin dan minyak panas dalam tepung.
  3. Gaul-gaul kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
  4. Uli sehingga doh tak melekat pada jari dan bekas.
  5. Perap doh selama 20 minit.
  6. Bulat-bulatkan doh sama banyak dengan doh B.

Bahan B:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu majerin
  • 1 sudu minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan semua bahan sehingga cair.
  2. Biarkan suam. Kemudian masukkan tepung.
  3. Gaul sebati sehingga boleh genggam bulat. Kalau tak cukup marjerin, masukkan sikit lagi,
  4. Kemudian buat bulat-bulat. Kalau yang A tadi ada 6 ketul, doh B pun 6 ketul juga.
  5. Bik B, masukkan dalam A.
  6. Canai nipis kemudian gulung dan canai memanjang. Kemudian gulung lagi dan potong 2.
  7. Canai, kemudian letakkan inti dan kelim tepi.
  8. Goreng dalam minyak banyak dan api perlahan.
  9. Siap!

Selamat mencuba!