Xing Fu Tang Malaysia Mengeluarkan 6 Minuman Baru, Salah Satunya ‘Dalgona Coffee With Brown Sugar Boba’

Xing Fu Tang Malaysia

Rata-rata sudah tahu, cuaca di Malaysia agak panas sejak akhir-akhir ini dan kami yakin anda memerlukan sesuatu untuk menyejukkan tekak anda. Apa kata jom cuba 6 minuman baru yang dikeluarkan oleh Xing Fu Tang, pasti anda akan akan jatuh hati!

Xing Fu Tang Malaysia Mengeluarkan 6 Minuman Baru, Salah Satunya ‘Dalgona Coffe With Brown Sugar Boba’

Anda peminat Xing Fu Tang? Kalau ya, berita gembira ini untuk anda! Kenapa? Sebab mereka telah mengeluarkan 6 minuman yang baru yang terdiri dari Dalgona Coffee Series, Jasmine Tea dan Oolong Tea Series. Bunyi macam sedap kan? Nak tahu, jom la cuba.

Dalgona Coffee Series

Kopi dan boba? Gabungan terbaik yang pasti digemari ramai. Gabungan kopi dalgona yang manis, susu segar dan brown sugar boba yang sememangnya sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri. Semua gabungan itu dalam satu cawan pasti akan digilai ramai.

Jika anda kurang menggemari boba, boleh cuba Classic Dalgona Coffee with Milk yang tidak kurang hebatnya juga.

Dalgona Coffee with Brown Sugar Boba

Dalgona Coffee With Milk

Minuman Yang Sempurna Untuk Peminat Teh & Coklat

Untuk bukan penggemar kopi, anda boleh mencuba menu baru mereka iaitu Brown Sugar Boba Black Tea Latte dan Scented Jasmine Tea with Honeycomb yang menyegarkan.

Dan untuk peminat Oolong Tea pula, anda boleh mencuba Brown Sugar Boba Oolong Milk Tea yang bakal menjadi minuman kegemaran anda! Jika anda peminat coklat, wajib mencuba Chocolate Milk with Brown Sugar Boba yang mengiurkan. Sesuai untuk anda yang bukan peminat kopi.

Brown Sugar Boba with Black Tea Latte

Scented Jasmine Tea with Honeycomb

Brown Sugar Boba Oolong Milk Tea

Chocolate Milk with Brown Sugar Boba

Nikmati 50% Diskaun Pada Pembelian Minuman Kedua Bermula 25 June Sehingga 8 Julai 2020

Pelanggan Xing Fu Tang boleh menikmati diskaun 50% untuk pembelian minuman kedua jika membeli mana-mana satu minuman baru mereka. Promosi bermula 25 Jun sehingga 8 Julai 2020.

*Tertakluk terma dan syarat.

Kredit: KL Foodie